Amerika Syarikat Adikung

Perkhidmatan Angkatan Bersenjata
Di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat, adikung dilantik untuk membantu pegawai berpangkat Jeneral (gred Gaji O-7 hingga O-10). Pangkat dan bilangan pegawai yang dilantik menjadi adikung bergantung kepada kekananan Jeneral berkenaan. Untuk pegawai-pegawai yang mempunyai lebih dari satu adikung, pegawai adikung yang berpangkat lebih tinggi dianggap sebagai adikung kanan. Tugas beliau termasuk untuk menyelaras pembantu-pembantu yang lain dan juga kakitangan bantuan seperti drebar, orderly dan lain-lain. Untuk kebanyakan pegawai, satu tempoh perlantikan sebagai adikung adalah selama 2 tahun.

Bilangan dan pangkat adikung adalah

Brigedier Jeneral: 1 orang LeftenanMejar Jeneral: 1 orang Kapten dan 1 orang LeftenanLeftenan Jeneral : 1 orang Mejar dan 1 orang KaptenJeneral: 1 orang Leftenan Kolonel, 1 orang Mejar dan 1 orang KaptenJeneral (Ketua Turus) : 1 orang Leftenan, 1 orang Leftenan Kolonel, dan 1 orang Mejar.

Leftenan Kolonel dan Kolonel yang menjadi pemerintah batalion ataupun briged tidak mempunyai adikung, tetapi peranan adikung biasanya dilaksanakan oleh ajutan dipanggil S-1 (Pegawai Staf 1 – pegawai staf kanan yang bertanggungjawab ke atas perjawatan).